Polis sahkan Siti Kharina yang dilaporkan hilang ditemui mati dibunuh

Itu tadi kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin yang mengesahkan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin yang hilang sejak 8 Mei lalu ditemui mati dibunuh. Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam berpakaian tidak lengkap dengan keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala, 4.30 petang Rabu di sebuah unit kondominium di Cyberjaya. Katanya, pemeriksaan oleh pasukan Forensik di kondominium yang disewa mangsa menemui banyak bahan bukti, termasuk pisau dan baju yang membawa kepada penangkapan dua suspek.