Polis sahkan terima laporan kematian Orang Asli

Polis mengesahkan menerima dua laporan kematian penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, siasatan kes kematian itu di klasifikasikan sebagai mati mengejut.