Tutup

Polis selamatkan mangsa eksploitasi seks melalui WeChat

Polis Melaka menyelamatkan enam wanita termasuk tiga penuntut institut pengajian tinggi berbangsa Melayu dari menjadi mangsa eksploitasi seks menerusi aplikasi sosial WeChat. Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata, mereka diselamatkan dari dilacur bapa ayam dalam 'Ops Pintas' di dua lokasi berasingan pada 26 dan 30 Ogos lepas.