Polis seru wanita mangsa ragut tampil buat laporan

Seorang wanita mangsa ragut di hadapan sebuah kompleks beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan kes tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah, setakat ini pihaknya belum menerima laporan polis yang dibuat mangsa.