Tutup

Polis setuju penubuhan IPCMC

Polis di Raja Malaysia (PDRM) bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan salah Laku Polis (IPCMC) dengan jaminan peranan dan kuasa polis tidak akan terhakis. Ia dicapai berikutan perbincangan yang diadakan hari ini antara PDRM dan Pusat Tadbir Urus Negara, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador serta pegawai tertinggi jabatan dan persatuan dalam PDRM.