Polis siasat dakwaan 10 nelayan diculik Abu Sayyaf

Polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan 10 nelayan yang dipercayai diculik kumpulan militan Abu Sayyaf pada awal pagi Selasa. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, siasatan lebih menjurus kepada lokasi mereka diculik sama ada di perairan negara atau di perairan antarabangsa.