Polis siasat kejadian tembakan rambang di Taman Maluri

Polis sedang menyiasat kes tembakan rambang terbaharu di sebuah pusat hiburan di Taman Maluri, Cheras malam semalam sama ada mempunyai kaitan dengan kes tembakan di sebuah kelab malam berasingan baru-baru ini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya kini sedang memeriksa Kamera Litar Tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian untuk mengenal pasti suspek yang melakukan tembakan rambang berkenaan.