Tutup

Polis siasat kematian Zahir disebabkan kecuaian

Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lepas menjurus kepada faktor kecuaian. Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.