Polis siasat kenyataan wang GST dirompak - KPN

Dalam sidang media yang sama Abdul Hamid juga memaklumkan pihaknya polis akan siasat dakwaan yang dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tahun lalu bahawa bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion 'dirompak' kerajaan terdahulu. Pihaknya telah menerima laporan daripada Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan sedang meninjau untuk tindakan lanjut.