Tutup

Polis siasat sindiket pelacuran pelajar antarabangsa

Susulan penahanan tujuh pelajar antarabangsa terbabit sindiket pelacuran di Pulau Pinang. Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan kemungkinan wujud sindiket pelacuran membabitkan pelajar antarabangsa yang didalangi warga tempatan. Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk A Thaiveegan, berkata pihak polis sedia membantu pihak Imigresen mengesan dalang yang terlibat dengan sindiket berkenaan jika ia benar.