Tutup

Polis tahan 8 suspek berhubung kematian anggota polis

Polis menahan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang anggota polis di Sungai Abong, Muar pagi Sabtu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat, berkata semua suspek ditahan di satu lokasi di Batu Pahat kira-kira jam 12.45 tengahari hari yang sama.