Tutup

Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli

Polis menahan seorang pengguna Twitter selepas mendakwa remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, dirogol Orang Asli sebelum mayatnya ditemui. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop memaklumkan, lelaki itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada malam Khamis.