Polis tahan pemilik SUV terlibat kemalangan Plus

Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang menyebabkan kemalangan maut di Kilometer 190.6 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) Arah Selatan hingga mengorbankan tiga warga Myanmar semalam berjaya ditahan di Sungai Siput. Ini selepas polis berjaya kesan pemilik berdaftar SUV berkenaan di Kampar. Pemandu SUV itu dikenali sebagai Law Kee Thang yang juga warga Myanmar.