Tutup

Polis tahan tiga individu bersama objek dipercayai bom tangan

Tindakan agresif sekumpulan individu yang enggan berkerjasama apabila kenderaan mereka ditahan polis akhirnya membawa kepada penemuan sebutir bom tangan yang disorok di bawah tempat duduk pemandu. Berikutan itu, polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita di persimpangan empat lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ).