Polis temui bom dan senjata api di rumah suspek pengedar dadah

Polis merampas sebutir bom tangan jenis M35 dalam serbuan ke atas sebuah rumah dekat Kampung Belukar Hantu, Sungai Bayor, Selama. Serbuan ke atas rumah dihuni seorang suspek pengedar dadah turut merampas pelbagai jenis bahan terlarang termasuk dua laras senapang buatan sendiri.