Polis temui dua batang gigi, gumpalan rambut

Polis menemui dua batang gigi dan dua gumpalan rambut disyaki milik Nur Aisyah Aleya Abdullah dalam operasi mencari saki baki anggota badan mayat kanak-kanak tiga tahun itu. Penemuan itu tidak jauh dari lokasi penemuan tengkorak serta cebisan rambut di dalam sebuah gaung di Gunung Raya di Langkawi semalam.