Polis temui mayat dipercayai pemandu Grab yang dilaporkan hilang

Tanda tanya seorang pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu 'hampir' terungkai dengan penemuan satu mayat di kawasan semak berhampiran Shahbandar, Tuaran, semalam. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, pihaknya berjaya menahan dua penumpang terakhir yang menggunakan perkhidmatan Grab mangsa dengan identiti mereka dikenal pasti sebagai seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing.