Tutup

Polis temui pistol hasil siasatan kes samun

Buruan polis ke atas suspek kes samun di Ladang Kamatchy, Hutan Melintang, Perak, 5 Disember lalu membawa kepada penemuan sepucuk pistol bersama 54 butir peluru serta penahanan seorang suspek warganegara Iran serta seorang rakyat tempatan. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Acp Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata suspek warganegara Iran yang hanya dikenali sebagai Hassan 42, dan Ragu Ram Nadarajan, 24 tahun ditahan sehari selepas kejadian itu di Damansara Perdana, Selangor.