Tutup

Polis terima laporan kimia dan perubatan dakwaan kes rogol Exco Perak

Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang anggota Exco kerajaan negeri Perak yang didakwa merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia. Justeru, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, kertas siasatan itu serta laporan kimia dan perubatan kes berkenaan diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri, hari ini.