Polis terima tiga laporan, berita palsu mengenai TMJ

Polis Johor mengesahkan terima tiga laporan berita palsu berkaitan bantuan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di beberapa pasaraya. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan, dan siasatan akan dijalankan bagi mencari individu yang terlibat dalam penyebaran berita palsu.