Polis tidak kompromi suspek dalangi keganasan di Malaysia

Polis Diraja Malaysia tidak bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat atau pangkalan kegiatan pengganas. Ia termasuk percubaan dalam mengeksploitasikan isu-isu agama, perkauman, hak-hak istimewa dan institusi beraja di negara ini.