Polis trafik bongkar sindiket seludup ketum 2.5 tan

Bermula dengan bungkusan plastik hitam yang tercicir dari sebuah lori membawa kepada rampasan dua perpuluhan lima tan daun ketum yang dibawa masuk dari Kedah menuju Pasir Puteh. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, insiden 28 November itu berlaku secara kebetulan apabila dua nggota trafik berada di belakang lori berkenaan.