Tutup

Polis trafik maut, motosikal terbabas ke laluan bertentangan

Seorang anggota polis trafik berpangkat konstabel maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas ke kanan jalan arah bertentangan dalam kejadian di Jitra, Kedah awal pagi Jumaat. Mangsa, Adam Che Aziz, 25 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.