Video  |  Malaysia

Polis tumpas sindiket dadah

Polis menahan 11 orang dan merampas dadah bernilai RM3 juta dalam lapan serbuan, termasuk sebuah rumah dijadikan makmal dadah di Johor dan Selangor, Isnin lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata pelbagai dadah dirampas termasuk 7,460 biji pil erimin five, dipercayai untuk pasaran tempatan, Singapura dan Indonesia.