Polis tumpaskan sindiket seludup migran Sri Lanka ke Eropah

Polis diRaja Malaysia (PDRM) telah melumpuhkan satu rangkaian sindiket penyeludupan migran ke negara Eropah yang melibatkan warga tempatan serta warganegara Sri Lanka. Dalam satu operasi yang dilancarkan pada 27 Mei lepas, polis menangkap 8 warga negara Sri Lanka dan 3 warga tempatan dalam operasi yang dilakukan di 3 lokasi di Padang Besar, Perlis dan di sekitar Kuala Lumpur.