Polis tunggu siasatan forensik kes remaja ditimpa tayar basikal

Pihak polis sedang menunggu laporan Unit Forensik berhubung kes seorang remaja yang cedera ditimpa tayar basikal yang dibaling dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat PPR Gombak Setia Jumaat lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya sedang menganalisa kesemua keterangan lapan anggota DBKL.