Tutup

Polisi insurans Kampungku ringankan beban mangsa bencana

Polisi insurans Kampungku yang diperkenalkan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani mampu meringankan beban mangsa-mangsa banjir apabila rumah mereka ditenggelami air dan mengalami kerosakan akibat banjir . Menurut Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pampasan dibayar dalam masa 96 jam dari tarikh kejadian berlaku selepas mendapat pengesahan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK).