Polisi terhadap pelaburan asing masih kekal

Pada sesi dialog itu, Tun Dr Mahathir turut menjelaskan, Malaysia akan meneruskan polisi terhadap pelaburan asing yang mesra perniagaan. Jelas beliau, walaupun Malaysia kini di bawah pentadbiran kerajaan baharu, namun tidak banyak perubahan daripada segi polisi. Malah, Perdana Menteri turut memberi jaminan pelabur asing akan selesa dengan pentadbiran sekarang.