PPBM ditubuh kerana rosaknya parti Melayu lain

Parti Peribumi Bersatu Malaysia sebenarnya ditubuhkan selepas parti -parti Melayu seperti UMNO sudah tidak lagi memperjuangkan matlamat asal mereka. Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata UMNO telah jauh berubah,dari sebuah parti yang menjadi juara orang Melayu dan Bumiputera, UMNO kini diubah menjadi alat untuk perkaya diri pemimpin.