Tutup

Video  | 

Pra Bajet 2015: PKS dan Keusahawanan

Episod pertama Pra Bajet 2015 mengetengahkan isu dan cabaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Keusahawanan Negara yang memperlihat penyertaan majoriti perniagaan terutamanya di kalangan Bumiputera di Malaysia. Diskusi disertai pemimpin 2 syarikat PKS iaitu Agro Jerneh Sdn Bhd dan iFactors Sdn Bhd, masing-masing mewakili industri makanan serta minyak dan gas selain SME Corporation Malaysia selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyelia pembangunan PKS. Antara yang dibincangkan Ketua Pengarang Kumpulan Astro Awani yang juga hos diskusi PRA Bajet 2015, Suhaimi Sulaiman bersama ahli panel adalah kepentingan Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam memberi anjakan paradigma untuk sektor tersebut. Program khas untuk tempoh 30 minit ini sempena Pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 10 Oktober depan itu turut menggariskan keperluan sektor PKS dan Keusahawanan dalam pembangunan berterusan ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.