Pramugara dan teman wanita didakwa pecah masuk dan curi kedai dobi

Seorang pramugara bersama teman wanitanya mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memecah masuk dan cuba mencuri kedai dobi di Kuala Nerus. Tertuduh Remy Izwan Roseli, 39 tahun dan Aimi Shairah Ismail, 32 tahun membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Abd Hayyi Salim.