Tutup

PRK Cameron Highlands: SPR puas hati peratusan keluar mengundi meningkat

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun berpuas hati dengan jumlah peratusan keluar mengundi pilihan raya kecil Cameron Highlands walaupun jangkaan suruhanjaya itu tersasar sebanyak 1.2 peratus. Jumlah 68.79 peratus itu lebih baik daripada empat PRK sebelum ini yang menyaksikan peratusan keluar mengundi kurang daripada 60 peratus. Menurut Azhar, peningkatan ini mungkin disebabkan dinamik parti-parti politik yang bertanding iaitu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.