PRK DUN Rantau: Calon PH akan diumum dalam masa terdekat

Pakatan Harapan akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau, dalam masa terdekat. Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) telah menyerahkan enam nama untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan pusat, tanpa terikat sama ada kaum Melayu atau India.