PRK DUN Rantau: Kad pengundi mula diedar

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) meneruskan inisiatif penghantaran kad pengundi kepada 20,922 orang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang meliputi 118 orang pengundi awal dan 20,804 orang pengundi biasa bermula hari ini. Pengerusinya, Azhar Azizan Harun memaklumkan, ia sebagai usaha menggalak dan memudahkan pengundi untuk keluar mengundi di PRK DUN Rantau pada hari mengundi awal, 9 April ini dan pengundian biasa empat hari kemudian.