PRK Dun Rantau: SPR jangka 70 peratus keluar mengundi

Persiapan bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil, PRK Dewan Undangan Negeri DUN Rantau pada Sabtu berjalan lancar. Dalam fasa akhir persiapan, hanya 10 peratus belum siap sebelum hari penentuan 13 April ini di mana sekurang-kurangnya 70 peratus pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab mereka.