PRK DUN Semenyih: PH jangan ambil mudah

Pakatan Harapan digesa supaya tidak memandang ringan cabaran dan saingan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih 2 Mac nanti meskipun mempunyai kelebihan mengekalkan status quonya di empat prk sebelum ini. Malah menurut Penganalisis Politik, Dr Mazlan Ali Pakatan Harapan juga berdepan cabaran untuk mengekalkan majoriti sama diperoleh penyandangnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14.