PRK N.27 Rantau: Kerjasama UMNO-Pas tidak jejas undi bukan Melayu

Calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hassan menafikan kerjasama antara UMNO dan Pas akan menyebabkan kehilangan jumlah pengundi dalam kalangan bukan Islam. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menjelaskan kerjasama itu sebaliknya selari dengan harapan beliau untuk melihat supaya wujudnya sistem dua parti seperti di negara-negara maju yang lain.