PRK N.27 Rantau: Peratusan keluar mengundi di Rantau lebih baik dari Semenyih - SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) optimis peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau 13 April ini akan lebih baik berbanding PRK DUN Semenyih. Timbalan Pengerusinya, Dr Azmi Sharom berkata, PRK DUN Semenyih sebelum ini mencatatkan 73 peratus.