PRK N.27 Rantau: Strategi calon PH untuk menang 70 peratus sokongan DUN Rantau

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S. Streram meletakkan keyakinan sehingga 70 peratus untuk menang di kerusi N-27 itu. Pakar bius berusia 60 tahun ini yakin sokongan pengundi berpihak kepadanya dan tidak akan mensia-siakan peluang kedua yang diberi.