PRK PD: Penyokong UMNO bersama PAS - Nazari

Kehadiran calon PAS di Pilihan Raya Kecil P.132 Port Dickson mendapat sambutan memberangsangkan daripada akar umbi UMNO. Itu dakwaan calon PAS, Leftenan Kololonel Bersara Mohd Nazari Mokhtar, sambil menyifatkan ia tanda positif, penyokong UMNO bersama PAS pada PRK yang bakal berlangsung pada 13 Oktober ini.