PRK Port Dickson: Ceramah Mega Mahathir-Anwar

Tumpuan kempen pilihanraya kecil PRK Port Dickson pada malam ini terarah kepada Ceramah Mega Calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seperti yang diketahui umum ia turut dihadiri Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagi mendapatkan gambaran menjelang program ceramah terbesar dianjurkan sejak kempen PRK Port Dickson bermula kita terus bersama wartawan Arfa Yunus.