Tutup

PRK Port Dickson: Lima calon tandatangan ikrar kempen secara bersih

Hanya lima calon termasuk calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani ikrar untuk berkempen secara bersih anjuran pemantau pilihan raya Bersih 2.0. Dua calon yang enggan menandatangani ikrar itu adalah calon Pas, Mohd Nazari Mokhtar dan juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang merupakan calon bebas, Tan Sri Isa Abdul Samad.