PRK Rantau: 110 orang mengundi awal esok

Seramai 110 orang daripada jumlah keseluruhan 118 orang pengundi awal bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN N.27 Rantau akan mengundi esok. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata ia melibatkan 74 anggota tentera serta pasangan yang akan mengundi di pangkalan udara sendayan dan 36 orang anggota polis yang akan mengundi di Balai Polis Rantau.