PRK Sandakan: Semua calon ada hak buat sidang media

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo menegaskan sekali lagi bahawa dalam mana-mana kempen pilihan raya semua pihak atau calon Bebas berhak untuk memanggil wartawan dan membuat sidang media. Menurut beliau peluang dan kebebasan menggunakan media perlu diberikan kepada semua calon untuk menyampaikan mesej perjuangan masing-masing.