PRK Sandakan: SPR adakan mesyuarat esok

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan. Sebelum ini, Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dalam satu kenyataan menyebut, suruhanjaya itu telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof pada 29 Mac lepas berhubung kekosongan luar jangka kerusi tersebut.