PRK Sandakan: Wan Azizah yakin Vivian Wong dapat sokongan daripada pengundi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin calon DAP Vivian Wong Shir Yee bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan akan mendapat sokongan daripada pengundi di kawasan parlimen itu. Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata Vivian, calon nombor tiga dalam PRK Sandakan mampu menggantikan mendiang bapanya Datuk Stephen Wong Tien Fatt.