PRK Semenyih: UMNO, Pas Selangor adakan gerak kerja bersama

UMNO dan Pas Selangor akan adakan gerak kerja bersama pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail turut berterima kasih kepada Pas kerana bukan sahaja memberi laluan tetapi komited bantu kemenangan Barisan Nasional.