PRK Sg Kandis: SPR sasar 80 peratus keluar mengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini sebanyak 80 peratus. Menurut Timbalan Pengerusinya Tan Sri Othman Mahmood, sebanyak 19 pusat pengundian dengan 109 saluran mengundi akan dibuka pada PRK berkenaan di 18 sekolah serta satu dewan orang ramai.