Tutup

PRK Tanjung Piai: 28 laporan polis diterima sejak hari penamaan calon

Sebanyak 28 laporan polis diterima sejak hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai, 2 November lepas. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata,daripada jumlah itu sebanyak tiga kertas siasatan dibuka melibatkan dua kes di bawah seksyen 427 kanun keseksaan dan satu kes dibawah seksyen 4A, kurungan satu, Akta Pilihan Raya 1954.