Tutup

PRK Tanjung Piai: SPR adakan mesyuarat khas esok

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada selasa bagi membincangkan tarikh penting berkaitan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen P.165 Tanjung Piai, Johor. Menerusi satu kenyataan, Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata mesyuarat itu akan diadakan pada jam 10 pagi di ibu pejabat SPR dan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun.